Akta Pampasan Pekerja 1952

Pemansuhan akta itu adalah supaya penggantian perlindungan keselamatan pekerja asing daripada skim di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 sebelum ini kepada di bawah Perkeso dapat dilaksanakan. Pekerja tempatan tidak akan terjejas dengan pemansuhan Akta Pampasan Pekerja 1952.

Akta Pampasan Pekerja 1952 Pdf

Pekerja

Akta Pampasan Pekerja 1952 menetapkan bahawa apabila seseorang pekerja ditimpa bencana yang berlaku dari dan dalam masa pekerjaannya yang menyebabkan kecederaan atau maut, majikannya adalah bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada pekerja tersebut atau orang tanggungan simati. Untuk melepaskan tanggungjawab tersebut, setiap majikan diwajibkan menginsurankan pekerjanya menurut seksyen 26(1) Akta Pampasan Pekerja 1952.

Pesuruhjaya Akta Pampasan Pekerja 1952

Download software receiver tanaka. Penanggung-penanggung insuran selain dari bertanggungjawab untuk membayar pampasan bagi kes-kes bencana kerja yang berlaku dari dan dalam masa pekerjaan mereka juga dikehendaki untuk menyediakan faedah tambahan bagi kes-kes kemalangan ke atas pekerja yang berlaku di luar waktu kerja. Dibawah seksyen 8 Akta Pampasan Pekerja 1952, Pesuruhjaya Pampasan Pekerja diberi tugas untuk mentaksir jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada kes-kes bencana kerja yang berlaku dari dan dalam masa pekerjaan. Bagi kes-kes diluar waktu kerja penaksiran pampasan akan dibuat oleh penanggung insuran. Menurut seksyen 10, Akta Pampasan Pekerja 1952, pampasan bagi kes maut hendaklah didepositkan kepada Pesuruhjaya Pampasan Pekerja di mana beliau akan menjalankan pembahagian wang pampasan kepada orang-orang tanggungan si mati.